Monday, May 30, 2011

#19

malam semalam. semasa sesi teh tarik dengan seorang rakan lama, dia cakap sesuatu yang buat aku fikir panjang sebelum tidur.

"Didie, hisap rokok ni sangat nikmat. Bila kita sedut, maksudnya kita sedut semua masalah yang kita ada. Bila kita hembus asap rokok, masalah kita semua akan keluar sama. tak kira melalui hidung atau mulut."

aku diam dan hanya mengangguk.

aku rasa dia lupa yang kalaulah sesuatu yang mudah seperti tu boleh dilakukan, maka sudah pasti dunia ini akan penuh dengan asap rokok. sebab manusia tidak pernah lari dari masalah. setiap masalah perlukan pertimbangan yang wajar sebelum diselesaikan. bukan semudah menghisap rokok sepam dua dan kau boleh bangun dan makan cheese naan tanpa konflik dalaman lagi.

ahh. sejujurnya, aku rasa teori dia 50% betul. kerana cara asap keluar sama ada melalui mulut atau hidung semantiknya menunjukkan cara masalah kau keluar boleh secara fitrah atau secara paksa. kau tahu apa aku maksudkan.


iya, aku sudah penat dengan hidup. penat dengan lelaki. mungkin.

Sunday, May 29, 2011

#18

love is all about taking risks. if you dare to fall in love, u have to be brave enough to face the consequences, sama ada untuk ditinggalkan atau untuk meninggalkan.

#17

untuk menjadi seorang kasanova, JANGAN sesekali berani serahkan hati kau kepada mereka. itu peraturan pertama dan terakhir. selebihnya, terpulang.

#16

bila kau cuba berlari jauh, ingatlah apa yang kau menemani kau semasa berjalan dahulu.
bila kau cuba bangun selepas kalah, ingatlah apa yang menahan kau dari terus tersungkur.
bila kau cuba mengejar pelangi, ingatlah apa yang menadahkan air untuk kau lihat pantulan itu.


hidup tidak pernah mudah. yang paling penting cara kau mencari jalan untuk memudahkannya.

Tuesday, May 24, 2011

#15

cinta. sangat menyusahkan. terutama bila kau rasa kau mula tidak boleh hidup tanpa si jejaka. ah, bohong. kau sebenarnya lebih perlukan udara daripada lelaki.

Saturday, May 21, 2011

#14

is it true love bila orang yang kau cinta sedang patah hati dengan gadisnya, kau akan menangis? bukan kerana gembira. tapi kerana betul-betul sedih dia sedang terluka.















itu memang perasaan sebenar.

Thursday, May 19, 2011

#13

perempuan dan lelaki. entiti berbeza. fitrah juga tidak sama. tapi orang kata itu saling melengkapi. bagaimana jika fitrah itu dilanggar? berkahwin sesama lelaki atau sebaliknya? geli? ahhh. persetan dengan tanggapan orang lain. yang penting hati kau senang. kubur kan masing-masing jaga. tapi, pernah tak kau fikir, dalam pada nak senangkan hati dan puaskan tuntutan nafsu, sebenarnya kalbu kau yang hitam itu milik ALLAH dan tidak pernah dihalalkan untuk melakukan kerosakan kepada tubuh badan yang lahir begitu sempurna dari rahim ibu kau?

#12

apa salahnya mengambil dadah jika itu jalan terbaik untuk lari sekejap dari dunia yang hina ini? jangan cepat menilai. fikir dulu apa sumbangan kau kepada dunia supaya tidak menjadikannya jumud seperti sekarang?

Wednesday, May 11, 2011

#11

jujurnya, tidak perlukan tattoo malaikat di badan untuk mengingatkan kau tentang kewujudan TUHAN kerana manusia memang sentiasa lupa perjanjian mereka dengan TUHAN sebelum sampai ke bumi.

#10

kalau benar JESUS itu seorang lelaki, kenapa perlu ada gender yang bergelar perempuan? oh mungkin peranan wanita HANYA sebagai kilang pengeluar zuriat semata-mata. mungkin. *sigh*

Saturday, May 7, 2011

#9

pelacur jalang lebih mulia dari perempuan bertudung litup yang mulutnya keji mencaci orang lain. ironinya, mereka rasa mereka lebih bagus dari orang lain.

Thursday, May 5, 2011

#8

belajar mendengar cerita TUHAN apabila rencana kau gagal. jangan sesekali mengikut resmi syaitan yang hanya tahu menyesatkan kau yang lemah. dunia memang tidak adil. kenapa perlu menjadi bodoh dan mengalah?

#7

hidup manusia sama seperti ikan di dalam tin sardin. sentiasa berhimpit dan dihimpit. yang beza, manusia masih ada TUHAN sebagai tempat mengadu. ikan cuma ada kuah yang kalau dimakan dengan nasi panas, sungguh sedap.

#6

ah! Melayu dan sifat kejinya. sama seperti meneguk air mani sendiri selepas melancap.

#5

jika benar kita khalifah di bumi ALLAH, kenapa kita selalu lupa kepada DIA yang Agung dan tegar menjadi binatang yang melanggar syariat?

#4

seks bukan penyelesai masalah. seks hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata. masalah hanya boleh diselesaikan dengan menggunakan akal.

Tuesday, May 3, 2011

#3

kadang-kadang kau rasa ISLAM menyekat kau untuk menjadi bebas. Tetapi kau lupa, ISLAM juga yang memartabatkan kau di tempat yang lebih tinggi di mata lelaki.

#2

one thing about life is you have to learn how to bitch it up.

#1

aku fikir lelaki dan perempuan hanya ada hubungan bila persetubuhan berlaku. telepati jiwa? itu mengarut kerana lelaki tidak pernah terfikir hal itu.