Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, July 25, 2011

#27

lingkungan kawan-kawan terdekat majoritinya sudah mahu berhenti di lampu merah (berkahwin), paling tidak sudah bersedia untuk berhenti di lampu kuning (bertunang), tetapi aku masih tabah menempuhi lampu hijau dan aku dengan bangga menyatakan aku tidak ralat, tidak dengki atau tidak sedih. aku gembira dengan hidup aku kerana matlamat aku ialah untuk sampai ke destinasi dengan senyuman penuh rasa puas.


:)


Sang Jejaka, kita jumpa di Ireland. InsyaALLAH.

Thursday, June 30, 2011

#25

selamat datang Julai. jangan pernah cuba melukakan hati lagi. :(

Wednesday, June 22, 2011

#23

ah, tekanan persekitaran sering menghambat minda. lalu, membuatkan kau fikir kau tidak mempunyai apa-apa selain dari kerjaya kau. berapa kali perlu aku jelaskan?


aku tunggu Fahrin Ahmad masuk meminang.



pffttt. :(

Monday, June 20, 2011

#22

between love and lust. which one do you prefer more?

if it is the lust - someone told me that lust can change into love, in time. but how long is it going to take? and how long is it going to last? forever?

if it is the love - someone told me, if it is meant to be then it is. if it is not, then you have to mend broken heart, again. and, if it does, it is a guarantee it is going to last forever. without question mark, obviously.


whatever it is, you just have to be prepare.


hesitating is so not me. :(

Friday, June 17, 2011

#21

adakah kata hati sentiasa betul? walaupun selepas membuat pertimbangan yang wajar? entahlah. aku mula ragu-ragu. mungkin dia bukan orangnya. ya, aku sedang ragu-ragu. :(

Thursday, June 9, 2011

#20

pertimbangan yang wajar perlu dilakukan setelah kau menyukat segala baik dan buruk keputusan yang bakal kau ambil. jalan yang dipilih kadang-kadang boleh menjadi semakin kelam dan jarang-jarang boleh menjadi semakin terang. hidayah dari DIA belum tentu akan diterima oleh semua orang. yang mesti dan terus dilakukan ialah berusaha dan terus berusaha. semakin dekat kau rasa hubungan kau dengan DIA sebenarnya semakin jauh kau dengan realiti. realiti kehidupan yang langsung tidak pernah menyenangkan. semakin khayal kau dengan kasih dan sayang DIA semakin jauh kau dengan ketegangan akal dan kecelaruan minda.

soalnya, antara mahu dengan tidak.

ahh, persetan dengan mulut manusia. yang penting apa yang kau mahu.

ya, aku mahu dia. moga DIA permudahkan. :)

Monday, May 30, 2011

#19

malam semalam. semasa sesi teh tarik dengan seorang rakan lama, dia cakap sesuatu yang buat aku fikir panjang sebelum tidur.

"Didie, hisap rokok ni sangat nikmat. Bila kita sedut, maksudnya kita sedut semua masalah yang kita ada. Bila kita hembus asap rokok, masalah kita semua akan keluar sama. tak kira melalui hidung atau mulut."

aku diam dan hanya mengangguk.

aku rasa dia lupa yang kalaulah sesuatu yang mudah seperti tu boleh dilakukan, maka sudah pasti dunia ini akan penuh dengan asap rokok. sebab manusia tidak pernah lari dari masalah. setiap masalah perlukan pertimbangan yang wajar sebelum diselesaikan. bukan semudah menghisap rokok sepam dua dan kau boleh bangun dan makan cheese naan tanpa konflik dalaman lagi.

ahh. sejujurnya, aku rasa teori dia 50% betul. kerana cara asap keluar sama ada melalui mulut atau hidung semantiknya menunjukkan cara masalah kau keluar boleh secara fitrah atau secara paksa. kau tahu apa aku maksudkan.


iya, aku sudah penat dengan hidup. penat dengan lelaki. mungkin.

Sunday, May 29, 2011

#16

bila kau cuba berlari jauh, ingatlah apa yang kau menemani kau semasa berjalan dahulu.
bila kau cuba bangun selepas kalah, ingatlah apa yang menahan kau dari terus tersungkur.
bila kau cuba mengejar pelangi, ingatlah apa yang menadahkan air untuk kau lihat pantulan itu.


hidup tidak pernah mudah. yang paling penting cara kau mencari jalan untuk memudahkannya.

Thursday, May 5, 2011

#7

hidup manusia sama seperti ikan di dalam tin sardin. sentiasa berhimpit dan dihimpit. yang beza, manusia masih ada TUHAN sebagai tempat mengadu. ikan cuma ada kuah yang kalau dimakan dengan nasi panas, sungguh sedap.

#5

jika benar kita khalifah di bumi ALLAH, kenapa kita selalu lupa kepada DIA yang Agung dan tegar menjadi binatang yang melanggar syariat?

Tuesday, May 3, 2011

#2

one thing about life is you have to learn how to bitch it up.