Thursday, June 9, 2011

#20

pertimbangan yang wajar perlu dilakukan setelah kau menyukat segala baik dan buruk keputusan yang bakal kau ambil. jalan yang dipilih kadang-kadang boleh menjadi semakin kelam dan jarang-jarang boleh menjadi semakin terang. hidayah dari DIA belum tentu akan diterima oleh semua orang. yang mesti dan terus dilakukan ialah berusaha dan terus berusaha. semakin dekat kau rasa hubungan kau dengan DIA sebenarnya semakin jauh kau dengan realiti. realiti kehidupan yang langsung tidak pernah menyenangkan. semakin khayal kau dengan kasih dan sayang DIA semakin jauh kau dengan ketegangan akal dan kecelaruan minda.

soalnya, antara mahu dengan tidak.

ahh, persetan dengan mulut manusia. yang penting apa yang kau mahu.

ya, aku mahu dia. moga DIA permudahkan. :)

Monday, May 30, 2011

#19

malam semalam. semasa sesi teh tarik dengan seorang rakan lama, dia cakap sesuatu yang buat aku fikir panjang sebelum tidur.

"Didie, hisap rokok ni sangat nikmat. Bila kita sedut, maksudnya kita sedut semua masalah yang kita ada. Bila kita hembus asap rokok, masalah kita semua akan keluar sama. tak kira melalui hidung atau mulut."

aku diam dan hanya mengangguk.

aku rasa dia lupa yang kalaulah sesuatu yang mudah seperti tu boleh dilakukan, maka sudah pasti dunia ini akan penuh dengan asap rokok. sebab manusia tidak pernah lari dari masalah. setiap masalah perlukan pertimbangan yang wajar sebelum diselesaikan. bukan semudah menghisap rokok sepam dua dan kau boleh bangun dan makan cheese naan tanpa konflik dalaman lagi.

ahh. sejujurnya, aku rasa teori dia 50% betul. kerana cara asap keluar sama ada melalui mulut atau hidung semantiknya menunjukkan cara masalah kau keluar boleh secara fitrah atau secara paksa. kau tahu apa aku maksudkan.


iya, aku sudah penat dengan hidup. penat dengan lelaki. mungkin.

Sunday, May 29, 2011

#18

love is all about taking risks. if you dare to fall in love, u have to be brave enough to face the consequences, sama ada untuk ditinggalkan atau untuk meninggalkan.

#17

untuk menjadi seorang kasanova, JANGAN sesekali berani serahkan hati kau kepada mereka. itu peraturan pertama dan terakhir. selebihnya, terpulang.

#16

bila kau cuba berlari jauh, ingatlah apa yang kau menemani kau semasa berjalan dahulu.
bila kau cuba bangun selepas kalah, ingatlah apa yang menahan kau dari terus tersungkur.
bila kau cuba mengejar pelangi, ingatlah apa yang menadahkan air untuk kau lihat pantulan itu.


hidup tidak pernah mudah. yang paling penting cara kau mencari jalan untuk memudahkannya.

Tuesday, May 24, 2011

#15

cinta. sangat menyusahkan. terutama bila kau rasa kau mula tidak boleh hidup tanpa si jejaka. ah, bohong. kau sebenarnya lebih perlukan udara daripada lelaki.

Saturday, May 21, 2011

#14

is it true love bila orang yang kau cinta sedang patah hati dengan gadisnya, kau akan menangis? bukan kerana gembira. tapi kerana betul-betul sedih dia sedang terluka.















itu memang perasaan sebenar.